Selasa, 12 Mei 2009

AKU YANG MASIH LEMAH


..............Hari nih aku xpi latihan petang .... tidu sampai kul 6 lebih....... makan pon malas....... malam ni balas dendam kalau x perform gak ...........must do something................pemergian aku bukan tuk main-main dan bukan suatu yang sia-sia........... aku perlu lebih bersemangat dan banyak berkorban .... En Hafizi dah korban masa dan tenaga tuk melatih kami jadi aku xde alasan tuk membuat alasan..............................aku perlu lebih tekun dan tekun dan all out........

MALAM NIH CUBE ..............CUBA TUK............ WAT YANG LEBIH LAGI...................SEMOGA AKU DAPAT MENCAPAI APA YANG DIKEHENDAKI................

Isnin, 11 Mei 2009

episod 3 KEHANGATAN DINGIN MALAM

Jam di tangan menunjukkan tepat pukul 4.47 petang, aku singgah sebentar di masjid berhampiran untuk menunaikan kewajipan ku sebagai umat islam. Selesai solat asar aku terus ke rumah Sue (Sebenarya aku pon xtau umah dia kat ne). Setibanya aku dia rumah Sue, Aku disambut mesra oleh Sue dan keluarga. Aku bersalaman dengan Ayah serta Mama Sue.
"Assalamualaikum Pak cik.... Mak cik.... saya Saiful, kawan suhana......" Aku memperkenalkan diri.
"Waalaikumussalam.....Pakcik dan Makcik dah tahu tentang kamu dan kehadiran kamu hari ini...Si Suhana dah ceritakan semuanya....Lagi pun bukankah kita pernah berjumpe semasa kami melawat Suhana di UMP dulu ?. Jemput la duduk..."
"Terimah kasih.....A ah.. Maaf lah masa tu saya ada kelas jadi tak sempat lah berborak lama........ Pakcik, ...Makcik.. sebenarnya kehadiran saya ni nak meminta izin Pakcik dan Makcik... untuk membawa Suhana untuk berjumpa ahli keluarga saya di Perak.. dan menjemput Pakcik dan Makcik untuk berjumpa dam berkenalan dengan keluarga saya. Itu pun jika tidak menjadi keberatan pada Pakcik dan Makcik."
"Kami juga berfikiran begitu, lebih molek la kami berjumpa ibu bapa kamu untuk membincangkan hal ini.. Alah sembang-sembang orang tua... Heee heee hee.... Dapat la kami berkenalan dengan ibu bapa kamu kan.. tak gitu mamanye..." Ayah Sua berseloroh...
"Jika Pakcik dan Makcik berfikir begitu ... Syukur.. Alhamdulillah la...boleh la saya sampaikan berita ni pada ibu bapa saya."
Kami memulakan perjalanan pulang ke Perak pada pagi yang indah dan ceria (Aku kene tidur kat rumah Sue, Xleh nak tolak la dah Mama ngan Ayah dia pelawa kan, aku pon layan kan je) Aku mendahului mereka sebagai pentunjuk arah. Sepanjang perjalanan aku tidak kesunyian kerana Ayah dan Mama Sue mengizin Suhana menaiki kereta Honda Civic Perl White aku. Sekali sekala Sue ketawa kecil melayan lawak-lawak remaja yang aku cuba sampaikan. Peluang keemasan ini aku tidak persiakan sepanjang perjalanan aku dan Sue berbual mesra serta berbincang tentang kami dan apakah keputusan yang dibuat oleh ibu bapa kami.

Sabtu, 9 Mei 2009

KAKI BANGKU

Team futsal KAKI BANGKU masa game futsal anjuran JPK .
Dari kiri: Zainol, Azlan, Hazim, Raja , Ejol (duduk) dan Aku (pegang kamera sebab pakai baju merah).
Kami masuk sampai sukuakhir kalah ngan team 'macha' padahal bukan terer po macha tu main. Lagi pon kami dah penat. Xpecaya... cube tgok muke Ejol muke penat tu..( sory ek Jol, aku bg contoh jew). Zenol pon menampakkan keletihannya dengan menyandarkan diri di pokok sambil membuat aksi mengoda. Lan macam besa la suke melawak, siap nak cium si azim lagi.. Azim lak sebuk dok pegang kasut macam takut tertinggal je kasut dia. Tapi dia beraksi baik dengan menggagalkan 2 cobaan dari pihak lawan. Raja selaku master 'main' memang psyico ble main dah macam nak recrut budak lak. Apa-apa pon memeang best la dewang main mungkin kalah sebab injurt ngan letih kot. Tapi main sedap kalu ada latihan bersama 2 3 kali, main mesti power nya. Sem depan kita 'MAIN' lagi.....

AKU .... SEM LEPAS....BERKELAH

Ni sume gambar masa sem lepas kami pi Air Terjun Berkelah tuk bermandi manda.

Ni kat bawah peringkat 3 kot ada air terjun tinggi. Seminggu sebelum kami datang ada 2 student singapore mati jatuh dari atas tu .
Aksi memanjat batu yang tinggi .

Tak tau nak pose cam ne dah main tibai je.

Masa baru sampai kering lagi ni.



Jumaat, 8 Mei 2009

HEHANGATAN DINGIN MALAM 2

Episod 2...... KEHANGATAN DINGIN MALAM

Sesampainya aku di hadapan blok kedai 2 tingkat yang terpampang nama kedai tu ZYELOC SERVICES AND PARTS. Aku keluar dari kereta lalu menyeluk poketku mengambil kunci kedai. Grill sudah dibuka, aku memulakan kerjaku dengan menyapu serta me'mop'kan lantai bengkel. Begini lah setiap pagi apabila aku sampai di bengkel, mungkin ada yang mengatakan aku ni 'gila' sebab mop lantai yang akan kotor setiap hari dengan minyak serta pasir dan tanah yang dibawa oleh tayar kereta.
Tapi ini lah yang aku pelajari ketika aku bekerja di pusat servis Honda dahulu. Mungkin menggunakan konsep jepun yang mana setiap pagi pekerja akan membersihkan tempat kerjanya. Ini amat berguna dan dapat mendisiplinkan aku tentang tanggungjawap dan tugas yang aku laksanakan. Sedang aku sibuk mengemop lantai, Mohd Norasyid bin Nisarudin, rakan sejawat merangkap rakan kongsi bengkel ni, sampai.
"Weh... Awal ko sampai.. Ni nak pi haji cepat kew?". Rasyid berseloroh sambil ketawa kecil.
"Orang bujang ma... Ko lain la dah berbini.....". Aku mambalas.
Rasyid sudah pun mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihanya Sufiah Bt Abdul Rani iaitu adik sepupu aku. Kini mereka sudah pun memiliki rumah sendiri, rumah lot 2 tingkat di Taman Mahkota Anggerik, Manjung Baru. Agak jauh sedikit dari bengkel ni.
"Syid, nanti ko talifon Ijoi suruh dia singgah kedai 'spare part' Kok ambik hab tayar depan Accord yang aku tempah semalam".
"Bereh.... Apesal dia lambat ke arini?". Rasyid menyoal.
"Laaa... Bini dia kan tengah mengandung. Ko kene paham.. Anak sulung lak tu....kene la jag bini. He he he....Karang si sue tu mengandung rase la ko...".
"Ha..Ha..Ha..Ha..Haaa...". Kami gelak ketawa bersama....
'Masih belum sempurna.....na.. nana.. na.. nana.. naaa....' Ringtone talifonku berbunyi.
"Helloo...Assalammuallaikum.... Balai Polis Ayer Tawar.... Boleh saya bantu....". Aku menjawap panggilan dengan nada serius.
"Haa... Ye mak. hahahaha saje jew ... Sehat jew .. Semua ok..Mak Sehat? ... Alhamdulillah... Haa Balik! Ini petang juga Epul balik... Ok ok... macam ni pukul 10 kang epul balik. bereh?... Hehehe Ok... Waalaikumusssalam.."
"Pesal mak ko tipon, macam penting jew soh balik awal?".Rasyid menyoal.
"Ntah la.. Aku pon rasa macam penting je. Tak pe, karang ko 'handle' je la kalau ada sapa-sapa datang".
"Ok... Ko jangan risau. Ni ko nak balik dah kew? Kata pukul 10?"
"Aku balik dulu lah.. Kang Ijoi sampai, cakap aku balik ok".
Aku memecut kereta Honda Civicku sekali lagi, kali ini aku menambah kelajuanya menjadi 220 km/j. Sesampainya aku di rumah, aku melihat kereta Kak Ti, Kak Na, Kak Bie dan Abg Wai ada di laman rumah. Hatiku mula berdegup kencang seperti pisten engin 4 silinder bergerak kencang selepas pembakaran sempurna berlaku apabila sistem Vtec berfungsi.
Aku meluru masuk ke rumah..... Kali ini aku menjadi terkejut serta hairan apabila melihat semua ahli keluargaku mamandangku dengan senyuman. Seperti ada makna di sebalik senyuman itu.
"Ha.. Pengantin dah balik...". Abg Wai menyakatku...
Ahli keluargaku turut ketawa mengiringi Abg Wai.....
Aku tertanya-tanya... Apa yang sedang berlaku... Dalam keadaan kehairanan ibuku menyuruh aku duduk dahulu dan mendengar apa yang hendak diperkatakannya.
"Meh.. Duduk dulu...Mak, Abah dan semua dah setuju dengan calon yang Epul cakapkan hari tu. Jadi, kamu malam ni jemput dia makan malam kat sini. Boleh?".

(Nak tau sapa calon yang diperkatakan? Bacalah cerita ni sampai habis. Aku saje tak sebut name 'dia' sebab saje nak bagi pembaca dan tuan punye badan tertanya-tanya sampai timbul tanda soal di kepala.)

Mendengar berita gembira tersebut, aku melonjak gembira sambil tersenyum lebar. Aku terus mencapai 'handphone' Nokia model 6300 ber'cover'kan Transfomer dan Pooh dia atas meja lalu mendail no. phone yang tertera nama gadis pilihanku, Suhana bt Sufian.
"Hello...Sue.. malam nie 'free' tak?". Aku bertanyakan pada Sue dengan senyuman sambil diperhatikan ahli keluargaku.
"MMmmmm... 'Free' jew, kenape?". Sue membalas...
"Mak Epul ajak Sue datang rumah, makan malam kat sini. Boleh ke?".
"Segan la...Epul nie.. Betul kew?". Sue menganggap ajakkan aku tadi hayalah gurauan.
"Betul la... Mak yang suruh.. Tak caye cakap ngan mak Epul nak?".
"Pukul berapa?". Sue bertanya dengan nada malu-malu tapi mahu.
"Petang ni Epul 'runner' terus ke KL ambik Sue ok?... Cakap dengan Mama dan Ayah Sue, Epul datang petang ni."
"Ok. Nanti Sue cakapkan."

Bersambung.....

KEHANGATAN DINGIN MALAM

Inilah kereta Honda Civic Type-R I-Vtec i 3.0 yang aku maksudkan

KEHANGATAN DINGIN MALAM

Episod 1 KEHANGATAN DINGIN MALAM

Jam menunjukan tepat pukul 11.24 malam, aku melihat Kamell rakan serumah sewaku masih termenung di tingkap memandang ke langit seperti mengenangkan sesuatu sambil memetik-metik rokok di jari.



"Mell, ko tak keje ke esok" Aku cube menyapa Rasyid Kamell yang lebih mesra dipanggil Mell.....



Namun sapaan aku tadi hanyalah sia-sia. Dalam hati aku berbisik dengan nada marah "Mangkuk sekor ni aku pelangkung jugak kang, kot ye pon jawap je la. Bukan kene bayar pon".



Tanpa mengendahkan Kamell yang masih termenung di tingkap, aku teruskan perjalanan ke bilik tidur. Mata ku memang dah 'rabak', mengantuk sangat sebab seharian aku di 'oppis' menyiapkan kereta Honda Civic Type-R 3.0 yang baru aku berjaya miliki setelah hampir 7 tahun berusaha untuk memilikinya.



Aku melabuhkan diri yang tak berapa kurus ini di atas tilam empuk SuperDream buatan Italy, dengan harapan aku dapat melayarkan lenaku dengan secukupnya kerana esok menantiku untuk menyiapkan kerja-kerja yang mengunung menanti di bengkel. Akan tetapi malangnya.... sesuatu yang telah lama aku lupakan kembali membenakkan kepala otaku.



"Aza"..... hatiku berbisik menyebut nama bekas 'gepren' aku atau nama sebenarnya NurAzariyah bt Abdel Rahman, yang kini berjaya melanjutkan pelajaranya ntah kat mane pon aku tak tahu.



"Aza.. Aza... dah blaja ye ko sekarang...Dulu mase mak ko 'reject' aku, terus aku 'lost contact' ngan ko". Hatiku bekata-kata sambil mengenang kisah silam.....



6.30 pagi seperti hari- hari biasa yang aku lalui, aku mandi dan solat subuh. Setelah selesai menyiapkan diri dengan berunifom 'overoll' yang aku beli di kedai 'bundle Jepun', aku menuju ke dapur tuk bersarapan. Aku memcari-cari Kamell kalau-kalau dia masih berada di tandas...lalu terhenti langkahku apabila aku melihat Kamell yang terdampar di lantai seperti paus terdampar di tepi pantai. Aku terus mendapatkan Kamell dan mengejutkan dia dari tidur.



"Mell... Mellll..... Bangun dah nak pukul 7 ni .. ko tak nak keje ke arini?".



"Mmmhhhhh...... ko pegi je lah, aku malas la....". Kamell menjawap dengan nada mamai sambil menggaru-garu perutnya yang hampir buncit sepertiku ....hahahahahaha.......



Bila menyebut perkataan 'Buncit', aku terkenang di waktu aku menyambung pengajian ku di UMP. Rakan-rakan sesilat aku memangil aku dengan gelaran 'Bun' sebab aku dulu agak buncit ...hehehehe....Tapi tidak sekarang....kerana setelah aku tamat pengajian aku di UMP aku ke Kelantan untuk menyambung perguruan ku dan mendalami ilmu Silat Gayong di bawah tunjuk ajar Cikgu Amru dan Tok Ayah Sor. Al-maklum lah dah memegang bengkung hitam chula 3 kan, tak nak buncit lagi.





Aku meneruskan rutin harian aku, dengan memandu kereta Honda Civic Type-R I-Vtec i 3.0 'perl white'... ya..... diulang ya.... I-Vtec i 3.0 'import' khas dari jepon... Aku terus menyusur laju menekan pedal minyak. Meter kejaluan digital di skrin menunjukkan keretaku bergerak dengan kelajuan 180 km/j

bersambung......
(nak solat asar pastu p trenin silat)

Khamis, 7 Mei 2009

Aku suatu masa dulu

Haaa.... yang ni best sket sbb nampak je macam real tapi ..... hanya lakunan semata-mata.... Baru balik kem Rakan Muda Sukaralawan dan Skuad RM Idol.... aku jadi ketua skuad..... penat oooo...........( Kete Kak Liza yang langgar aku )

Ni aku masa dlu2... la masa aku kat poly .... agak sengal ubi sket .... Gamba ni di amik mase lepas sesi bergambar untuk kelas... letih balik umah sewa kami lak bergamba hahahhaa...




Permainan Bermula Dan Kehidupan Diteruskan

Apa yang aku hadapi?, apa yang aku bakal kecapi?....... Itu semua akan ketahui.... aku mampu merancang dan aku mampu untuk memilih jalan mana yang aku harus lalui untuk terus berjuang menghadapi segala onak dan duri kehidupan.
............... Hari ini, insan yang bernama SAIFUL AMIN KAMARUDDIN harus berjuang ...... dan berjuang.... dan aku juga perlu bagun dari segala kegagalan ku........
Kegagalan yang berlaku selama ini menjadi titik tolak untuk aku memperbaiki segala kesilapan yang pernah aku lakukan......
Aku harus kental, demi harapan ibu bapaku, keluargaku, guru2 ku serta rakan2 ku dan juga demi masa depan yang lebih baik........