Jam di tangan menunjukkan tepat pukul 4.47 petang, aku singgah sebentar di masjid berhampiran untuk menunaikan kewajipan ku sebagai umat islam. Selesai solat asar aku terus ke rumah Sue (Sebenarya aku pon xtau umah dia kat ne). Setibanya aku dia rumah Sue, Aku disambut mesra oleh Sue dan keluarga. Aku bersalaman dengan Ayah serta Mama Sue.
"Assalamualaikum Pak cik.... Mak cik.... saya Saiful, kawan suhana......" Aku memperkenalkan diri.
"Waalaikumussalam.....Pakcik dan Makcik dah tahu tentang kamu dan kehadiran kamu hari ini...Si Suhana dah ceritakan semuanya....Lagi pun bukankah kita pernah berjumpe semasa kami melawat Suhana di UMP dulu ?. Jemput la duduk..."
"Terimah kasih.....A ah.. Maaf lah masa tu saya ada kelas jadi tak sempat lah berborak lama........ Pakcik, ...Makcik.. sebenarnya kehadiran saya ni nak meminta izin Pakcik dan Makcik... untuk membawa Suhana untuk berjumpa ahli keluarga saya di Perak.. dan menjemput Pakcik dan Makcik untuk berjumpa dam berkenalan dengan keluarga saya. Itu pun jika tidak menjadi keberatan pada Pakcik dan Makcik."
"Kami juga berfikiran begitu, lebih molek la kami berjumpa ibu bapa kamu untuk membincangkan hal ini.. Alah sembang-sembang orang tua... Heee heee hee.... Dapat la kami berkenalan dengan ibu bapa kamu kan.. tak gitu mamanye..." Ayah Sua berseloroh...
"Jika Pakcik dan Makcik berfikir begitu ... Syukur.. Alhamdulillah la...boleh la saya sampaikan berita ni pada ibu bapa saya."
Kami memulakan perjalanan pulang ke Perak pada pagi yang indah dan ceria (Aku kene tidur kat rumah Sue, Xleh nak tolak la dah Mama ngan Ayah dia pelawa kan, aku pon layan kan je) Aku mendahului mereka sebagai pentunjuk arah. Sepanjang perjalanan aku tidak kesunyian kerana Ayah dan Mama Sue mengizin Suhana menaiki kereta Honda Civic Perl White aku. Sekali sekala Sue ketawa kecil melayan lawak-lawak remaja yang aku cuba sampaikan. Peluang keemasan ini aku tidak persiakan sepanjang perjalanan aku dan Sue berbual mesra serta berbincang tentang kami dan apakah keputusan yang dibuat oleh ibu bapa kami.
Isnin, 11 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan