Jumaat, 8 Mei 2009

HEHANGATAN DINGIN MALAM 2

Episod 2...... KEHANGATAN DINGIN MALAM

Sesampainya aku di hadapan blok kedai 2 tingkat yang terpampang nama kedai tu ZYELOC SERVICES AND PARTS. Aku keluar dari kereta lalu menyeluk poketku mengambil kunci kedai. Grill sudah dibuka, aku memulakan kerjaku dengan menyapu serta me'mop'kan lantai bengkel. Begini lah setiap pagi apabila aku sampai di bengkel, mungkin ada yang mengatakan aku ni 'gila' sebab mop lantai yang akan kotor setiap hari dengan minyak serta pasir dan tanah yang dibawa oleh tayar kereta.
Tapi ini lah yang aku pelajari ketika aku bekerja di pusat servis Honda dahulu. Mungkin menggunakan konsep jepun yang mana setiap pagi pekerja akan membersihkan tempat kerjanya. Ini amat berguna dan dapat mendisiplinkan aku tentang tanggungjawap dan tugas yang aku laksanakan. Sedang aku sibuk mengemop lantai, Mohd Norasyid bin Nisarudin, rakan sejawat merangkap rakan kongsi bengkel ni, sampai.
"Weh... Awal ko sampai.. Ni nak pi haji cepat kew?". Rasyid berseloroh sambil ketawa kecil.
"Orang bujang ma... Ko lain la dah berbini.....". Aku mambalas.
Rasyid sudah pun mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihanya Sufiah Bt Abdul Rani iaitu adik sepupu aku. Kini mereka sudah pun memiliki rumah sendiri, rumah lot 2 tingkat di Taman Mahkota Anggerik, Manjung Baru. Agak jauh sedikit dari bengkel ni.
"Syid, nanti ko talifon Ijoi suruh dia singgah kedai 'spare part' Kok ambik hab tayar depan Accord yang aku tempah semalam".
"Bereh.... Apesal dia lambat ke arini?". Rasyid menyoal.
"Laaa... Bini dia kan tengah mengandung. Ko kene paham.. Anak sulung lak tu....kene la jag bini. He he he....Karang si sue tu mengandung rase la ko...".
"Ha..Ha..Ha..Ha..Haaa...". Kami gelak ketawa bersama....
'Masih belum sempurna.....na.. nana.. na.. nana.. naaa....' Ringtone talifonku berbunyi.
"Helloo...Assalammuallaikum.... Balai Polis Ayer Tawar.... Boleh saya bantu....". Aku menjawap panggilan dengan nada serius.
"Haa... Ye mak. hahahaha saje jew ... Sehat jew .. Semua ok..Mak Sehat? ... Alhamdulillah... Haa Balik! Ini petang juga Epul balik... Ok ok... macam ni pukul 10 kang epul balik. bereh?... Hehehe Ok... Waalaikumusssalam.."
"Pesal mak ko tipon, macam penting jew soh balik awal?".Rasyid menyoal.
"Ntah la.. Aku pon rasa macam penting je. Tak pe, karang ko 'handle' je la kalau ada sapa-sapa datang".
"Ok... Ko jangan risau. Ni ko nak balik dah kew? Kata pukul 10?"
"Aku balik dulu lah.. Kang Ijoi sampai, cakap aku balik ok".
Aku memecut kereta Honda Civicku sekali lagi, kali ini aku menambah kelajuanya menjadi 220 km/j. Sesampainya aku di rumah, aku melihat kereta Kak Ti, Kak Na, Kak Bie dan Abg Wai ada di laman rumah. Hatiku mula berdegup kencang seperti pisten engin 4 silinder bergerak kencang selepas pembakaran sempurna berlaku apabila sistem Vtec berfungsi.
Aku meluru masuk ke rumah..... Kali ini aku menjadi terkejut serta hairan apabila melihat semua ahli keluargaku mamandangku dengan senyuman. Seperti ada makna di sebalik senyuman itu.
"Ha.. Pengantin dah balik...". Abg Wai menyakatku...
Ahli keluargaku turut ketawa mengiringi Abg Wai.....
Aku tertanya-tanya... Apa yang sedang berlaku... Dalam keadaan kehairanan ibuku menyuruh aku duduk dahulu dan mendengar apa yang hendak diperkatakannya.
"Meh.. Duduk dulu...Mak, Abah dan semua dah setuju dengan calon yang Epul cakapkan hari tu. Jadi, kamu malam ni jemput dia makan malam kat sini. Boleh?".

(Nak tau sapa calon yang diperkatakan? Bacalah cerita ni sampai habis. Aku saje tak sebut name 'dia' sebab saje nak bagi pembaca dan tuan punye badan tertanya-tanya sampai timbul tanda soal di kepala.)

Mendengar berita gembira tersebut, aku melonjak gembira sambil tersenyum lebar. Aku terus mencapai 'handphone' Nokia model 6300 ber'cover'kan Transfomer dan Pooh dia atas meja lalu mendail no. phone yang tertera nama gadis pilihanku, Suhana bt Sufian.
"Hello...Sue.. malam nie 'free' tak?". Aku bertanyakan pada Sue dengan senyuman sambil diperhatikan ahli keluargaku.
"MMmmmm... 'Free' jew, kenape?". Sue membalas...
"Mak Epul ajak Sue datang rumah, makan malam kat sini. Boleh ke?".
"Segan la...Epul nie.. Betul kew?". Sue menganggap ajakkan aku tadi hayalah gurauan.
"Betul la... Mak yang suruh.. Tak caye cakap ngan mak Epul nak?".
"Pukul berapa?". Sue bertanya dengan nada malu-malu tapi mahu.
"Petang ni Epul 'runner' terus ke KL ambik Sue ok?... Cakap dengan Mama dan Ayah Sue, Epul datang petang ni."
"Ok. Nanti Sue cakapkan."

Bersambung.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan