Episod 1 KEHANGATAN DINGIN MALAM
Jam menunjukan tepat pukul 11.24 malam, aku melihat Kamell rakan serumah sewaku masih termenung di tingkap memandang ke langit seperti mengenangkan sesuatu sambil memetik-metik rokok di jari.
"Mell, ko tak keje ke esok" Aku cube menyapa Rasyid Kamell yang lebih mesra dipanggil Mell.....
Namun sapaan aku tadi hanyalah sia-sia. Dalam hati aku berbisik dengan nada marah "Mangkuk sekor ni aku pelangkung jugak kang, kot ye pon jawap je la. Bukan kene bayar pon".
Tanpa mengendahkan Kamell yang masih termenung di tingkap, aku teruskan perjalanan ke bilik tidur. Mata ku memang dah 'rabak', mengantuk sangat sebab seharian aku di 'oppis' menyiapkan kereta Honda Civic Type-R 3.0 yang baru aku berjaya miliki setelah hampir 7 tahun berusaha untuk memilikinya.
Aku melabuhkan diri yang tak berapa kurus ini di atas tilam empuk SuperDream buatan Italy, dengan harapan aku dapat melayarkan lenaku dengan secukupnya kerana esok menantiku untuk menyiapkan kerja-kerja yang mengunung menanti di bengkel. Akan tetapi malangnya.... sesuatu yang telah lama aku lupakan kembali membenakkan kepala otaku.
"Aza"..... hatiku berbisik menyebut nama bekas 'gepren' aku atau nama sebenarnya NurAzariyah bt Abdel Rahman, yang kini berjaya melanjutkan pelajaranya ntah kat mane pon aku tak tahu.
"Aza.. Aza... dah blaja ye ko sekarang...Dulu mase mak ko 'reject' aku, terus aku 'lost contact' ngan ko". Hatiku bekata-kata sambil mengenang kisah silam.....
6.30 pagi seperti hari- hari biasa yang aku lalui, aku mandi dan solat subuh. Setelah selesai menyiapkan diri dengan berunifom 'overoll' yang aku beli di kedai 'bundle Jepun', aku menuju ke dapur tuk bersarapan. Aku memcari-cari Kamell kalau-kalau dia masih berada di tandas...lalu terhenti langkahku apabila aku melihat Kamell yang terdampar di lantai seperti paus terdampar di tepi pantai. Aku terus mendapatkan Kamell dan mengejutkan dia dari tidur.
"Mell... Mellll..... Bangun dah nak pukul 7 ni .. ko tak nak keje ke arini?".
"Mmmhhhhh...... ko pegi je lah, aku malas la....". Kamell menjawap dengan nada mamai sambil menggaru-garu perutnya yang hampir buncit sepertiku ....hahahahahaha.......
Bila menyebut perkataan 'Buncit', aku terkenang di waktu aku menyambung pengajian ku di UMP. Rakan-rakan sesilat aku memangil aku dengan gelaran 'Bun' sebab aku dulu agak buncit ...hehehehe....Tapi tidak sekarang....kerana setelah aku tamat pengajian aku di UMP aku ke Kelantan untuk menyambung perguruan ku dan mendalami ilmu Silat Gayong di bawah tunjuk ajar Cikgu Amru dan Tok Ayah Sor. Al-maklum lah dah memegang bengkung hitam chula 3 kan, tak nak buncit lagi.
Aku meneruskan rutin harian aku, dengan memandu kereta Honda Civic Type-R I-Vtec i 3.0 'perl white'... ya..... diulang ya.... I-Vtec i 3.0 'import' khas dari jepon... Aku terus menyusur laju menekan pedal minyak. Meter kejaluan digital di skrin menunjukkan keretaku bergerak dengan kelajuan 180 km/j
bersambung......
(nak solat asar pastu p trenin silat)
Jumaat, 8 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

.jpg)
pak long....tinggi btol khayalan ko nih...hahaha
BalasPadam